Monday, November 16, 2009

Rehlah Pemuda & Program Kebajikan Pas Tawau Ke Brumas, Jalan Kalabakan, Tawau

Tuan Haji Norbin B. Aloh, AJK Pas Kaw Tawau turut bersama rombongan menyampaikan sumbangan kepada warga emas/orang lama Brumas yang uzur..


Ust Mohd. Nazri dan Tn Hj Norbin berbual-bual ringkas sebelum menyerahkan sumbangan.. syukur dapat hadir program sebegini.. baru lah kita tahu fizikal rumah kawan kita.. kadang-kadang kita leka dengan dunia kita sahaja...


Kenal kereta ini? kenal tuan punya nya? jika nak tahu, beliau ialah En. Disam Yadsah, peneroka Felda Umas 1.. sekarang status 'OKU' kerana terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan sebelah kakinya.. itupun pulang dari m/rat Pas di Kinabatangan bersama Almarhum PJ Pas Sabah masa itu, Datu Bandira Bin Datu Alang(terkorban dalam kemalangan) dan Hj Norbin (masih hidup).
Tahniah Bang Disam, sanggup datang bersama kami.. Allahu Akbar! :)



Saat mahu bergerak selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Brumas bagi menyampaikan sumbangan, dihujani hujan lebat di kawasan Brumas...


Sampai di Brumas, rombongan menunaikan solat Zohor berjemaah.. dipimpin oleh Imam Masjid Brumas.. bilangan jemaah kami lebih ramai dari orang kampung.. 

Kami baru sahaja tiba di lokasi Air Terjun Brumas.. selepas selesai urusan penyerahan sumbangan.. kira santai-santai ni... tenangkan kembali jiwa.. he he..


Kenangan indah yang sukar dilupakan tahun 2009 ini.. Memang besttttttt!!!


Peserta termuda.. waseelah bergambar dengan babanya..


Solat dan jemaah tak dapat dipisahkan... kami solat di atas astaka kayu bulian yang baru disiapkan oleh petugas Sabah Softwood Berhad.. di hadapan kami adalah air terjun...

Papan tanda tempat pelancongan Air Terjun Brumas.. satu lagi produk pelancongan Sabah! Syukur dapat sampai ke sini...

KALAU ADA UMUR PANJANG DIIZINKAN ILAHI,
BOLEH KIKTA JUMPA LAGI.. 

 
TAHNIAH DEWAN PEMUDA ATAS
KEJAYAAN PROGRAM INI!

Saturday, November 14, 2009

Al-Quran buatan AMERIKA

UNTUK PERINGATAN BERSAMA..

surah al-baqarah
[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

WASPADA !!!
Al-Qur'an Palsu buatan Amerika

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris di sana . Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, penceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan.

Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.

Contoh: Cover


The Blessing - Al Basmalah

The Opening - Al Fateha

Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencuba menghancurkan Islam. Amin......

Tuesday, November 3, 2009

PASTI Tawau PASTI Kawasan Terbaik Malaysia

Kelantan,Sabtu : Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak PASTI Kawasan Tawau yang telah dianugerahkan sebagai PASTI Kawasan Terbaik di Malaysia pada majlis sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia yang diadakan di Kota Bahru pada 31 Oktober 2009 baru-baru ini.Majlis yang dirasmikan pembukaannya oleh Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan telah berlangsung selama 3hari bermula pada 30 Oktober hingga 1 November 2009.


Barisan ALP PASTI Pusat bersalaman dengan Tuan Guru Mursyidul Am


Tuan Guru ketika menyampaikan ucapan perasmian

Hadiah kepada penerima anugerah telah disampaikan oleh YB Hj Che Abdullah bin Mat Nawi ADUN N-04,Wakaf Bahru merangkap EXCO kerajaan negeri Kelantan yang telah merasmikan penutupan majlis tersebut. Pengerusi PASTI Kawasan Tawau,sdr Karim Dulah yang menerima penganugerahan tersebut bagi mewakili PASTI kawasan Tawau mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berkorban tenaga,masa dan wang ringgit demi memastikan agar PASTI Kawasan Tawau terus diterima oleh masyarakat umum seterusnya boleh sampai ke tahap sekarang ini.

YB Tuan Hj Che Abdullah Mat Nawi ketika merasmikan acara penutupan


Sdr Karim Dulah menerima anugerah 'PASTI Kawasan terbaik Malaysia' dari Che Abdullah


Hadiah disampaikan kepada pemenang kategori masing-masing

Saturday, October 31, 2009

LAKSANA GAJI MINIMUM PEKERJA BALAK : PAS SABAH

KOTA KINABALU :  PAS Sabah meminta Kementerian Sumber Manusia membuat siasatan terhadap masalah gaji pekerja balak di Sabah yang hanya menerima RM 12 sehari atau RM 240 sebulan.
“Apabila majikan memotong caruman bulanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Levi, akhirnya pekerja hanya menerima gaji dalam RM 180 sahaja”, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah sebagai reaksi terhadap laporan sebuah akhbar tempatan oleh Setiausaha Kesatuan Pekerja Industri Balak Sabah (STIEU), Jevry Anggah.
“Kita juga menerima laporan dimana terdapat majikan yang membuat potongan KWSP dan PERKESO gagal mencarum dengan KWSP dan PERKESO. Perkara ini disedari apabila pekerja tersebut pergi membuat semakan di pejabat KWSP atau membuat tuntutan kemalangan di pejabat PERKESO”, kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pekerja, Setinggan dan Peneroka Bandar.
Hamzah memberitahu masalah ini telah lama dibangkitkan tetapi malangnya Kementerian Sumber Manusia terlalu lembap mengatasi masalah yang berlaku.
PAS menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah segera bagi membantu para pekerja agar dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan keluar dari paras kemiskinan.
Jevry Angggah dalam kenyataan beliau, mendakwa kebanyakan pekerja di bawah Kesatuan Pekerja Industri Balak (STIEU) masih menerima gaji RM 12 sehari atau RM 240 sebulan. Kadar gaji yang rendah tersebut telah menjejaskan produktiviti para pekerja dan hidup di bawah para kemiskinan.
‘Timber workers still getting below RM250 monthly’- Daily Express
Published on: Friday, October 09, 2009
Kota Kinabalu: Sabah Timber Industry Employee Union (STIEU) Secretary, Jevry Anggah, said employees under the union deserve a salary raise.
“The salary rate of a worker effects his productivity. A well paid worker will perform better than the ones without. Employers should be fair towards their employees by taking into consideration of their specialities, loyalties and commitment that they have shown.
“They are the live assets for the company, which have contributed so much to the country’s economic development,” said Jevry, in a statement.
“The fact is that many workers in the timber industry are currently receiving wages of only about RM240 each month. Moreover, there are still workers being paid RM12 per day.
“More shocking is the fact that many workers are forced to squeeze their family into the same house along with other workers’ families just because the employer cannot provide them with proper accommodation,” said Jevry.
He urged the Government to act on this situation and help those low income workers so that they could also enjoy better life quality.
“Should there be no action taken to help these underpaid workers, the government’s aim to eradicate poverty would never be achieved,” he added.

Wednesday, October 28, 2009

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SABAH

1. PAS Sabah ingin membuat penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan dalam laman web / blog tertentu bagi mengelak kekeliruan berkaitan kenyataan / tulisan yang YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dalam perkara mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS.

2. Kami ingin menyatakan bahawa PAS Sabah tidak pernah terlibat dalam apa cara sekalipun dengan teguran rombongan daripada Sabah (kalau ada) mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang (kononnya) condong kepada UMNO berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang di dakwa.

3. PAS Sabah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Agung PAS Pusat, sama ada akan mengadakan Mesyuarat Agung Khas atau tidak. Kami hormati keputusan Muktamar Agung yang lalu dalam pemilihan pimpinannya dan semua resolusi –resolusi yang di ambil.

4. PAS Sabah ingin memberi amaran supaya pihak lain (orang luar) jangan cuba menangguk di air keruh dalam isu rumah tangga PAS. Kami percaya PAS akan tetap kukuh dan akan terus ada di persada politik tanah air dan memperjuangkan yang hak.

“ISLAM MENERAJU PERUBAHAN”

HAJI MUHAMMAD ABDULLAH

Pesuruhjaya PAS Sabah

Friday, October 23, 2009

Konsert Kesenian Islam Medan Untuk Berhibur Cara Islam

Dengan tema "Berhibur Cara Islam", Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau melalui jabatan PASTI telah berjaya menganjurkan Konsert Kesenian Islam di Dewan Masyarakat Tawau semalam.

"Ini merupakan satu bukti kepada masyarakat Tawau khususnya bahawa PAS tidak pernah menolak hiburan, asalkan dalam hiburan itu kenalah mengikut cara yang dibenarkan dalam Islam. Ada pengajaran yang boleh di ambil" ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Tuan Haji Muhammad Husin.

Persembahan pertama yang sangat comel dari PASTI Farah Ain Merotai (Juara Nasyid, Ihtifal Alam Ria PASTI 2009) cukup menghiburkan hadirin, diikuti persembahan yang sangat mantap dan penuh dengan mesej dari Unit Amal Kawasan Tawau.

Menurut ketua kumpulan nasyid Unit Amal, saudara Adry Sabry, walaupun masa yang sangat terhad diperuntukan untuk latihan namun begitu hasilnya sangat memuaskan.

"Mesej yang kami cuba sampaikan adalah mengenai penderitaan saudara kita di Palestin supaya dapat dijadikan iktibar dan renungan kita bersama yang hadir pada malam ini." kata beliau.

Kumpulan Nasyid The Minds yang tidak asing lagi dari SMK Balung juga telah membuat persembahan diikuti artis jemputan pada malam tersebut, Ustaz Nazrey Johani, bekas vokalis utama kumpulan nasyid popular Raihan.

"Inilah hiburan cara Islam" Kata Ustaz Nazrey disamping memuji kejayaan penganjur menganjurkan konsert sedemikian.

Walaupun julung kali diadakan, konsert ini dianggap berjaya dengan kehadiran mencecah 2 ribu orang menunjukan orang ramai begitu dahagakan hiburan yang boleh mendidik jiwa dan memperingatkan untuk mentaati Allah.

Wednesday, October 21, 2009

DPP pertimbang bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan membawa isu undi pos dalam pilihan kecil DUN Bagan Pinang ke peringkat antarabangsa jika Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan mereka hari ini. 
Ketuanya Ustaz Nasrudin Hassan mengambil contoh yang dilakukan pihak pembangkang di Afghanistan yang membuat aduan ke peringkat antarabangsa mengenai penyelewengan pilihanraya negara itu sehingga berjaya membatalkan lebih sejuta undi yang berpihak kepada Presidennya, Hamid Karzai.
"Jika memorandum yang kita hantar hari ini tak datangkan hasil positif dari pihak SUHAKAM, kami (DPP) melalui lajnah guaman PAS akan teliti ruang untuk kita bawa perkara ini ke peringkat antarabangsa."
"Mungkin kepada biro aduan hak asasi manusia peringkat antarabangsa dan kalu perlu mungkin boleh sampai ke peringkat pemanrtau demokrasi di peringkat komanwel datau PBB."katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum aduan mengenai ketidak telusan undi pos dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang di pejabat Suhakam pagi tadi.
ImageTerdahulu, Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat mengemukakan sembilan aduan mengenai penyelewengan yang berlaku melibatkan undi pos.
Sembilan aduan itu adalah mengenai sistem undi pos yang longgar, kecurigaan terhadap peti undi MINDEF, penggunaaan daftar pemilih yang berbeza, ejen undi pos tidak dapat melaksanakan tugas, pengundi bertindan, pengakuan bekas anggota tentera berpangkat sarjan bahawa beliau pernah mengundi BN bagi pihak orang lain, cara serahan sampul keutamaan, pengambilan sampul keutamaan di luar waktu mengundi dan Menteri BN berkempen dalam kem tentera.
Suhaizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos Bagan Pinang dalam aduannya mendakwa terdapat 253 pengundi yang mempunyai dua nama dalam daftar pemilih.
"Berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah diwartakan pada 15hb September 2009 terdapat 253 pengundi pos di Bagan Pinang boleh mengundi di dua tempat berbeza. Contohnya boleh mengundi di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, menggunakan identiti tentera dan menggunakan identiti awam di suatu DUN di Kelantan."jelasnya.
Berhubung kes yang turut menimbulkan keraguan iaitu peti undi MINDEF, Suhaizan berkata, selepas proses penyerahan pada 7 dan 8 Oktober lalu, sampul keutamaan pengundi pos tentera yang dalam proses peralihan (pencen) telah dihantar ke MINDEF.
Selepas proses pengiraan pada 11 Oktober, PAS tidak mendapat sebarang undi di peti undi 14, 15 dan 16.
"Persoalannya mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Pengundi-pengundi dalam proses pencen(peralihan) adalah mereka yang sedang mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel kepada Barisan Nasional(BN). Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang anggota tentera. Saya cukup curiga terhadap peti undi 14, 15 dan 16," katanya.
Beliau turut memberitahu, terdapat pasangan suami isteri yang diberikan kertas undi pos berdekatan sebuah pasar mini dekat Teluk Kemang pada jam 7.30 petang 9 Oktober lalu.
"Saya nak gambarkan itulah bentuk serahannya. Bentuk serahan ini sangat mudah untuk dimanipulasi," katanya.
Sehubungan itu, DPP meminta SUHAKAM mengadakan siasatan awam bagi menyiasat dakwaan-dakwaan itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya SUHAKAM Datuk Siva Subramaniam dalam responnya berkata, beliau akan memanjangkan aduan berkenaan kepada Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman dan pesuruhjaya yang lain sebelum membuat keputusan sama ada perlunya diadakan siasatan awam tersebut.
Ujarnya, SUHAKAM sendiri telah banyak kali menerima aduan mengenai dakwaan penyalahgunaan undi pos.
Dalam pada itu, Nasrudin berkata, DPP tetap dengan pendirian mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah untuk menghapuskan undi pos yang tidak menunjukkan pencapaian yang bersih dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Monday, October 19, 2009

Paris Sambut Dingin Lawatan Najib Dan Rosmah



   


Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Paris untuk lawatan rasmi empat hari, hanya mengimbas ingatan dunia terhadap Altantuya Sariibuu, mangsa tragedi pembunuhan berprofil tinggi.
Tanpa kelibat pimpinan Perancis, Najib cuma disambut Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, bukan Presiden atau Perdana Menteri negara itu, selain kehadirannya mencetus demontrasi bantahan pembunuhan model Monggolia itu.
Beliau hanya hadir ke mesyuarat Unesco selama 20 minit dan mengadakan pertemuan singkat dengan Presiden Nicolas Sakorz, sebelum tergesa-gesa meninggalkan Perancis tanpa sebarang persetujuan konkrit.
Najib juga membisu terhadap pertanyaan media Perancis berkaitan pembunuhan Altantuya dan pembelian kapal selam tapi sempat menelefon Carla Bruni untuk menyatakan album dimainkan dalam Penerbangan Malaysia (MAS).
Carla Bruni adalah Wanita Pertama Perancis dan bekas model terkenal yang memiliki dua album Quelqu’un m’a dit pada 2002 dan No Promises (2007).
“Ya, … sebenarnya saya memberitahu Presiden Sarkozy bahawa Penerbangan Malaysia Airlines memainkan albumnya ketika dalam penerbangan," The New Straits Times memetik Najib sebagai berkata.
Mengikut Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua, kebanyakan Ahli Parlimen Perancis berminat mengetahui "cerita sebenar" disebalik jual beli kapal selam oleh Malaysia dan pembunuhan Altantuya.
Malah, bapa Altantuya, Prof Dr Shaaribu Setev dipelawa Kesatuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (FIDH) ke Paris untuk memberi taklimat tapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah kesihatan.
Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan kepada media Perancis, meminta Najib mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya dan yakin anaknya akan masih hidup hari ini jika rundingan urus niaga pembelian kapal selam, dibuat secara telus dan adil.
Altantuya adalah watak penting dalam pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM3.4 bilion dari Perancis dan menjalin hubungan dengan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda.
Beliau dijanjikan komisen dan membuat tuntutan sebaik sahaja pembayaran RM114 juta dibuat ke Parmekar, syarikat yang dikuasai Razak sekitar Oktober 2006. Altantuya kemudian dibunuh dengan badannya diletupkan dengan bahan C4 yang lazim digunakan oleh agensi keselamatan Malaysia.

P Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah Abdul Razak sebelum kehilangan Altantuya, ada membuat akaun bersumpah yang mengaitkan Najib dengan model berkenaan.
Mengikut perkara 25 akuan itu, Paris yang terkenal seantero dunia sebagai kota romantik, menjadi saksi pertemuan makan malam antara Najib dengan Altantuya.
"Selagi Najib berdiam diri mengenai skandal itu, beliau hanya membawa imej negatif kepada Malaysia di kaca mata dunia," kata Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faris Musa kepada Suara Keadilan.
Beliau menganggap 'keberanian' Najib ke Paris, sebagai strategi psikologi untuk menunjukkan dunia, kononnya Perdana Menteri keenam itu tiada apa-apa perlu disorok.
Namun isu Altantuya terus menjadi tumpuan media antarabangsa. Beberapa persidangan antarabangsa sebelum ini menyaksikan perwakilan Malaysia diasak dengan persoalan- persoalan mengenai kewibawaan polis dan hakim perbicaraan kes itu yang membelakangkan hubung kait Najib dan Altantuya.   

Sunday, October 18, 2009

PROGRAM PAS PRIHATIN

Tarikh: 18hb Oktober 2009
Masa: 9-11 pagi
Tempat: Surau Kg. Airport Lama, Tawau
Anjuran: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau & HALWA

Antara persiapan AJK Jamuan

Briefing Awal Pengarah Program & Pengerusi Majlis

Bacaan Doa bagi memberkati majlis dipimpin oleh Imam Surau Kg. AirPort Lama

Ucapan YDP PAS Kawasan Tawau: Salam Silaturrahim buat warga Kg. Airport Lama.
"Kita sudah lama bersaudara"

Sumbangan berupa "beras" sahaja yang mampu kami hulurkan seiring salam mahabbah buat warga Kg Airport Lama

Sumbangan untuk penerima ibu-ibu tunggal disampaikan oleh Pn Zaiton Ahmad,
Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah

PAS Prihatin: Usaha kami mendekati golongan wanita tak kira usia

Gambar Kenangan: Semoga hubungan ini terus berkekalan..

Gambar Kenangan: Back Up (2).. Hehe

Terima kasih daun keladi buat semua yang terlibat.. Panjang umur kita jumpa lagi..

Friday, October 16, 2009

Kelab Penyokong PAS akan jadi sayap PAS segera

TASEK GELUGOR, 15 Okt: Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan status sebagai sebuah sayap PAS yang mempunyai perlembagaan mereka sendiri tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada penduduk keturunan India di Pokok Machang, Tasek Gelugor.
Isu kedudukan orang bukan Islam khasnya kaum India semakin kritikal sejak kebelakangan ini khasnya selepas PAS kalah teruk di Bagan Pinang.
Ia tambah menarik lagi apabila dikatakan hampir separuh anggota parti baru, Makkal Sakhti, adalah juga anggota Kelab Penyokong PAS.
Menuruk satu sumber, langkah ini mereka ambil kerana merasa tidak selamat dengan kedudukan mereka sekarang di dalam Kelab Penyokong PAS ini.
Menurut Mujahid, status Kelab Penyokong PAS akan ditingkatkan untuk menjadi sayap parti dalam bentuk himpunan, dewan atau pun seumpamanya yang akan diputuskan kelak.
Image "Dengan status tersebut maka kelab ini dapat memainkan peranan yang lebih efektif lagi. Ianya juga akan mempunyai perlembagaan sendiri, pemilihan pimpinan, struktur organisasi dan perkara yang berkaitan dengan organisasi ini.
"Sebagai Pengerusi saya telah pun membawa perkara ini ke peringkat atasan dan ianya dalam proses 'drafting'.
"Kemungkinan menjelang akhir tahun ini apabila drafnya telah siap maka draf baru ini akan dicadangkan untuk sedikit pindaan supaya kelab ini mempunyai status dalam parti," katanya.
Dalam majlis tersebut sumbangan berupa wang dan beras telah diberikan bagi meringankan beban masyarakat India yang tidak berkemampuan dalam kawasan Tasek Gelugor bagi menyambut sambutan Deepavali.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Sooid Mohd Amin, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zulkeply Ishak dan kepimpinan PAS kawasan Tasek Gelugor serta Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang.

Sumber : Harakahdaily.net
 
Design by PAS Kawasan Tawau. @TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.
Google Analytics Alternative